Tags: Tun Mahathir, Mahathir, tun dr mahathir, bintang Bollywood, aktor, pelakon, Shah Rukh Khan, srk, dato` shah rukh khan, hari ulangtahun kelahiran, ulangtahun kelahiran, jet, jet peribadi,
Jangan Tak LihatKL, 14 DIS 2012: Wah! Bangga sungguh Murai Batu bila membaca posting tweet bintang Bollywood, Dato` Shah Rukh Khan (SRK) yang dimuat naik di dalam akaun twitternya kira-kira lebih sejam yang lalu. Sebab dia ada sebut pasal Malaysia.
Posting tweetnya itu berbunyi: Now onward to Malaysia for a few hrs...my friend the respected Dr. Mahathir's birthday...then bak to shoot. Pvt plane pvt thoughts...
Kalau sejam yang lalu dia memuatnaik posting tweet tersebut, bermakna Shah Rukh kini sedang dalam perjalanan ke Malaysia menerusi jet peribadinya itu. Dan sebaik, saja jet peribadinya itu tiba di lapangan terbang Subang, Murai batu diberitahu akan dijemput oleh pihak yang tertentu untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-87 bekas Perdana Menteri yang disayangi, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M.
Sambutan ulangtahun ke-87 Tun M yang dianjurkan sebuah syarikat swasta di sebuah hotel terkemuka di ibu negara ini pula bakal berlangsung pada malam ini. Khabarnya hanya tetamu yang diundang saja yang bakal mengadhiri majlis yang diadakan secara tertutup ini.
Untuk makluman pembaca semua, sebelum ini portal Murai ada menyiarkan artikel bahawa Dato' Shah Rukh Khan bakal bertandang ke negara ini dengan menaiki jet peribadi miliknya untuk meraikan sambutan ulang Tun M sebagai satu penghormatan terhadap bekas Perdana Menteri yang sudah dianggapnya sebagai rakan itu.
Apapun, Murai Batu nak ucapkan terima kasih pasa Shah Rukh Khan sebab masih tetap mampu meluangkan masa untuk datang ke sini demi menghormati pelawaan pihak penganjur, biarpun terikat dengan jadual shootingnya yang sibuk itu.
MURAIBATU: Sedang bersiap sedia tonton konsert B.O.B!
No comments:
Post a Comment