Tuesday, 18 December 2012

Badan Mizz Nina Naik Bukan Sebab Pregnant Dowh...!

Tags: Mizz Nina, hamil, isu hamil, noh salleh, penyanyi, penyanyi wanita, penyanyi antarabangsa, vokalis, Hujan, Noh Hujan,


KL, 17 DIS 2012: Tengah-tengah sedap Murai Batu melayan kuaci, tiba-tiba dapat pulak mesej daripada seseorang yang mengaku peminat tegar kepada Mizz Nina. Soal peminat tegar ini pada Murai Batu, betulkah seperti apa yang didengarnya bahawa isteri kepada vokalis Hujan iaitu Noh Salleh itu sudah pun pregnant? Lagipun katanya, badan Mizz Nina sekarang ini macam dah naik. Jadi, ia makin menguatkan lagi desas-desusnya yang didengarnya itu.


Tidak terjawab pulak Murai Batu dengan soalan itu. Sebab daripada apa yang Murai Batu tahu, setakat ini Mizz Nina belum lagi hamil. Tak tahu pulak Murai Batu, kalau-kalau dia baru saja disahkan hamil.


Jadi, Murai Batu pun cubalah selidik. Sebaik saja Murai Batu bertanya, sumber yang rapat dengan Mizz Nina ini cepat-cepat menafikannya. Katanya, mana ada Mizz Nina hamil. Kalau dia hamil, dah lama perkara itu diketahui semua. Dan, berat badannya naik itu pun tiada kaitannya dengan isu kehamilan.


Sebaliknya, ia disebabkan pemakanan sebab Mizz Nina khabarnya memang suka makan. Kebetulan selepas MTV World Stage, dia telah berehat seketika daripada membuat persembahan, jadi mungkin sebab itulah berat badannya itu naik.


Sebelum ini, dia memang selalu kontrol pemakanannya. Selain itu dia selalu exercise dengan membuat latihan menari, sebab itu berat badannya selalu maintain.


Tapi selepas muncul dalam Konsert Watson Music Festival bersama B.O.B pada malam Sabtu lalu, Mizz Nina khabarnya sedang giat menjalani latihan untuk menguruskan berat badannya.


Siapa selebriti yang baru-baru ini bercuti di Milan?

Wednesday, 12 December 2012

Zakiah Anas Selamat Bernikah Dengan Kawan Universiti

KL, 13 DIS 2012: Semalam dua pasangan artis iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle serta Betty Benafe dan suami, Bruce Darghous telah memilih tarikh keramat 12.12.12 sebagai untuk mengadakan majlis resepsi mereka.


Malah, Murai Batu dapat tahu tarikh 12.12.12 semalam juga memberi makna buat penyanyi popular Indonseisa, Kris Dayanti apabila selamat melahirkan seorang anak lelaki di RS Mitra Kamayoran, Jakarta Pusat.


Dalam diam-diam juga, Murai Batu baru tahu yang personaliti TV3, Zakiah Anas, 46, juga memilih tarikh istimewa semalam sebagai tarikh pernikahannya bersama Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42, di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Tahniah kepada Zakiah Anas kerana selamat menamatkan zaman jandanya setelah menjadi ibu tunggal kepada 3 orang anak lebih setahun yang lalu.


Menariknya, kisah perkenalan Zakiah Anas dengan suami barunya ini sebenarya sudah lama. Murai Batu dengar sejak mereka sama-sama belajar di UiTM iaitu kira-kira 21 tahun yang lalu.


Amboi, cinta lama berputik kembalilah tu. So sweet! Namun hubungan mereka terpisah kerana lelaki yang kini menjadi suaminya melanjutkan pelajaran ke Jepun.


Itulah orang kata, kalau dah jodoh tak ke manakan. Apa-apa pun Murai Batu ucapkan tahniah dan semoga dapat melayari bahtera rumah tangga nanti dengan harmoni dan bahagia hingga ke akhir hayat.


Tak sabar tunggu progran Fear Factor Selebriti Malaysia..

Sunday, 25 November 2012

Tahniah! Nabil Raja Lawak Sudah Jadi Bapa

gosip | Gosip kita

Tags: nabil ahmad, Nabil Raja Lawak, nabil raja lawak kahwin nazirah, pelawak, pelawak hebat, dapat anak, anak pertama, anak pertama, Fasha Sandha, fasha sandha hamil, Nabil,

Jangan Tak Lihat

KL, 26 NOV 2012: Murai Batu rasa tidak ada yang menggembirakan pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga, melainkan apabila memperolehi zuriatnya sendiri. Murai Batu rasa itulah yang sedang dialami oleh juara Raja Lawak 2, Nabil Ahmad apabila isterinya, Nazirah Ayub telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pagi semalam.


Kedua-dua ibu dan bayi perempuan berada di dalam keadaan sihat da baik Nabil mahu pun isterinya masih belum memilih nama yang sesuai untuk anak mereka.


Namun, Nabil telah memanjatkan rasa kesyukuran terhadap kelahiran bayi tersebut. Untuk melihat wajak anak Nabil dan mengetahui selanjutnya tentang kelahiran bayi perempuannya itu, sila klik: www.astrogempak.com.my.


Bagi pihak warga murai.com.my, kami mengucapkan tahniah buat Nabil di atas kelahiran bayi perempuan ini. Dengarnya job Nabil pun tengah lebat sekarang ini. Al-maklumlak rezeki anakkan?


MURAIBATU: Tak sabar tunggu Fasha Sandha lahirkan anaknya dengan Jejai.



 

Friday, 23 November 2012

Sempurnakan Aku Sambungan Cinta Nora Danish,Anuar Zain!

gosip | Gosip kita

KUALA LUMPUR, 23 NOVEMBER 2012: Seronok Murai Batu tengok komen orang ramai terutamanya pembaca Murai mengenai video muzik terbaru daripada Anuar Zain, Ajari Aku. Mula dimuatnaik di laman Youtube pada awal minggu ini,kini jumlah tontonan video tersebut tersebut telah hampir mencecah 60,000!


Nampaknya, gimik yang dilakukan produksi muzik video dengan menyatukan Nora Danish dan Anuar Zain i telah berjaya menarik perhatian umum dan peminat. Malah, lakonan aktres cantik Nora Danish sebagai isteri kepada Anuar Zain telah menarik perhatian serta menjadi perbualan ramai.


Sudahkah anda semua menonton muzik video yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar tersebut? Meletopkan? Boleh dikatakan ia meninggalkan kesan kepada sesiapa yang menontonnya. Murai Batu turut merasakan kesedihan yang dialami Anuar Zain, apalagi bila melihat ekspresinya yang berjaya meruntun jiwa itu.


Sebelum Ajari Aku, Ghaz sudah beberapa kali mengarahkan muzik video bagi lagu nyanyian adik Ziana Zain itu. Ajari Aku mengisahkan dua hati yang bakal disatukan setelah lama menyulam cinta. Namun persiapan hari bahagia itu bertukar tragedi apabila heroinnya, Nora Danish mengalami kemalangan jalan raya.


Yang menariknya di hujung muzik video itu, Anuar dilihat berada di sisi katil hospital yang menempatkan Nora Danish dalam keadaan terbaring sambil berbalut disebabkan kemalangan itu. Sebuah lagi persoalan timbul apabila muzik video Ajari Aku itu ditamatkan dengan menyatakan ia akan mempunyai sambungannya.


Hmmm rupa-rupanya Murai Batu difahamkan sambungan kepada kisah tragis ini akan dapat diikuti dalam muzik video kedua menerusi single Anuar yang seterusnya iaitu Sempurnakan Aku. Korek punya korek rupanya selepas kemalangan, Anuar tetap menunggu dan menjaga Nora Danish di hospital.


Walaupun seringkali sambungan kepada kisah cinta tragis akan ditamatkan dengan sebuah pengakhiran bahagia yang cliché tetapi tidak dalam Sempurnakan Aku. Katanya untuk Sempurnakan Aku pun akan ada twist dan kejutan yang bakal dipertontonkan tetapi produksi tidak mahu mendedahkan jalan cerita penuhnya itu.


Sempurnakan Aku telah menjalani waktu penggambaran yang sama dengan Ajari Aku sebenarnya dan telah pun sedia untuk dipertontonkan kepada peminat pada Disember nanti. Amboi, bijak betul produksi diorang ini buat promosi, pasti peminat ternanti-nantikan sambungannya.


Belum pun seminggu Ajari Aku sudah dapat tarik jumlah penonton hampir 60,000. Kalau muzik video Sempurnakan Aku ditayangkan Disember nanti, entah bagaimana pula sambutan yang diberikan peminat. Mungkin boleh mencabar MV Untuk Dia daripada Sleeq dan Najwakan, siapa tahu?


Lagipun, ramai peminat yang sangat berharapkan hubungan cinta Anuar dan Nora dalam MV itu berterusan hingga ke luar set. Iyalah, Anuar Zain pun bakal mencecah usia 43 tahun tahun hadapan, mungkin para peminat Anuar mahu dia benar-benar mengakhiri zaman bujangnya itu.


Nora Danish pun tidak melepaskan peluang ketika beraksi bersama penyanyi pujaan ramai itu. Selepas sahaja ia dimuatnaik ke Youtube, Nora dilihat berkongsi beberapa keping koleksi gambar sepanjang penggambaran MV tersebut di Instagram-nya.


Tengok pada foto memang mesra betul mereka berdua. Heh,kalau betul janganlah nak bagi kami semua suspen ye Anuar dan Nora. Seperti peminat lain, Murai Batu pun happy kalau mereka benar-benar bersama. Sama cantik sama padan, tak gitu?


Foto Kredit Instagram Nora Danish


MURAIBATU: Tengah sibuk hafal lagu Ajari Aku. Senang nyanyi masa karaoke nanti..



 

Wednesday, 14 November 2012

Rozita Che Wan Ke London, Bukan New Zealand Ya!

gosip | Gosip kita

Tags: Rozita Che Wan, pelakon, pelakon popular, aktres, primadona, kemalangan, khalid mohd jiwa kemalangan, London, Ayu Raudhah, che ta, Dato' Siti Nurhaliza,

Jangan Tak Lihat


KL, 13 DIS 2012: Kesian betul Murai Batu dengan nasib yang menimpa aktres jelita Rozita Che Wan. Asal ada saja cerita pasal suami kepada penyanyi popular Dato` Siti Nurhaliza, Dato` Khalid Mohd Jiwa pasti ia akan dikaitkan dengan pelakon kelahiran utara yang berstatus janda ini.


Pasal Dato` Khalid atau Dato`K kemalangan di Queenstown, New Zealand akibat menunggang motorsikal berkuasa tinggi bersama rakan-rakannya pun, Rozita Che Wan atau Che Ta turut terkena tempiasnya. Kononnya, Che Ta turut berada di sana untuk menemani Dato` K.


Bukan setakat itu, ada juga yang daring bertanya soalan tersebut daripada Murai Batu. Ish Ish Ish...Tak baik betul buat tuduhan yang melampau dan melulu macam tu.


Lagipun, logik ke Che Ta berada di New Zealand tu sedangkan pada hari Rabu (13 Disember 2012), dia terlibat dengan penggambaran program Primadona di Astro Ria bersama 3 hos lain iaitu Erra Fazira, Ziela Jalil dan Raja Azura atau Kak Engku dan penggambaran program itu bermula dari jam 3 petang hingga lewat tengah malam.


Dan, pada hari semalam (14 Disember 2012), Che Ta berlepas ke London bersama anak-anaknya untuk membawa mereka bercuti dan bershopping di sana. Kalau November tahun lepas, dia pergi dengan anak-anaknya sambil ditemani adiknya Ayu Raudhah, kali ini Che Ta ke sana bersama kakaknya pula.


Che Ta bercuti ke London selepas seluruh produksi Primadona mendapat cuti...Kemudian, selepas London dia akan menjalani penggambaran ke Abu Dhabi untuk shoot drama pada 19 Disember 2012 sehingga bulan Januari dan kemudian akan ke India pula.


Jadi, pada sesiapa di luar sana, janganlah cepat percaya pada gosip tersebut ya. Lagipun, tujuan Dato` K ke sana pun atas sebab mahu menjelajah kawasan luar bandar Queenstown, New Zealand dengan motorsikal berkuasa tinggi bersama rakan-rakannya.


Dan, ada baiknya juga kalau kita mendoakan agar Dato` K cepat pulih daripada kecelakaan yang menimpanya itu.


MURAIBATU: Tahniah buat Shila Amzah yang tercalon 2 anugerah dalam World Music Awards 2012!



 

Tuesday, 13 November 2012

Shah Rukh Khan Dalam Perjalanan Ke Malaysia Jumpa Tun M

gosip | Gosip kita

Tags: Tun Mahathir, Mahathir, tun dr mahathir, bintang Bollywood, aktor, pelakon, Shah Rukh Khan, srk, dato` shah rukh khan, hari ulangtahun kelahiran, ulangtahun kelahiran, jet, jet peribadi,

Jangan Tak Lihat

KL, 14 DIS 2012: Wah! Bangga sungguh Murai Batu bila membaca posting tweet bintang Bollywood, Dato` Shah Rukh Khan (SRK) yang dimuat naik di dalam akaun twitternya kira-kira lebih sejam yang lalu. Sebab dia ada sebut pasal Malaysia.


Posting tweetnya itu berbunyi: Now onward to Malaysia for a few hrs...my friend the respected Dr. Mahathir's birthday...then bak to shoot. Pvt plane pvt thoughts...


Kalau sejam yang lalu dia memuatnaik posting tweet tersebut, bermakna Shah Rukh kini sedang dalam perjalanan ke Malaysia menerusi jet peribadinya itu. Dan sebaik, saja jet peribadinya itu tiba di lapangan terbang Subang, Murai batu diberitahu akan dijemput oleh pihak yang tertentu untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-87 bekas Perdana Menteri yang disayangi, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M.


Sambutan ulangtahun ke-87 Tun M yang dianjurkan sebuah syarikat swasta di sebuah hotel terkemuka di ibu negara ini pula bakal berlangsung pada malam ini. Khabarnya hanya tetamu yang diundang saja yang bakal mengadhiri majlis yang diadakan secara tertutup ini.


Untuk makluman pembaca semua, sebelum ini portal Murai ada menyiarkan artikel bahawa Dato' Shah Rukh Khan bakal bertandang ke negara ini dengan menaiki jet peribadi miliknya untuk meraikan sambutan ulang Tun M sebagai satu penghormatan terhadap bekas Perdana Menteri yang sudah dianggapnya sebagai rakan itu.


Apapun, Murai Batu nak ucapkan terima kasih pasa Shah Rukh Khan sebab masih tetap mampu meluangkan masa untuk datang ke sini demi menghormati pelawaan pihak penganjur, biarpun terikat dengan jadual shootingnya yang sibuk itu.


MURAIBATU: Sedang bersiap sedia tonton konsert B.O.B!



 

Sunday, 11 November 2012

Rosmah Mansor Suka Dengar Misha Omar Menyanyi

gosip | Gosip kita
Tags: Misha Omar, rosmah mansor, buku rosmah mansor, buku rosmah mansor jawab segala kontroversi, datin seri rosmah mansor, isteri pm, penyanyi undangan, penyanyi, penyanyi wanita, Penyanyi Popular,
Jangan Tak Lihat





KL, 12 DIS 2012: Tajuk yang Murai Batu paparkan di dalam artikel di atas bukan sekadar propaan ya. Sebaliknya, ia diperolehi daripada sumber yang sahih. Sumber yang sahih ini telah menghadiri majlis pelancaran buku autobiografi Datin Seri Rosmah Mansor di di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada pagi Isnin lalu.

Macam biasalah sebelum majlis pelancarannya disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Pahang, Tuanku Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta'in ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, tetamu telah dihiburkan terlebih dulu persembahan daripada penyanyi undangan.

Penyanyi undangan yang telah dipanggil membuat persembahan pada acara pagi itu adalah Misha Omar. Bermula dengan lagu Wanita Perdana yang dicipta khusus oleh komposer Pak Ngah dan lirik oleh Rosminah Tahir buat Datin Seri Rosmah, Misha Omar turut membawakan beberapa medley lagu hits Tan Sri P Ramlee dan Datuk Sharifah Aini.

Malah, dia turut mempersembahkan lagu nyanyian Krisdayanti serta beberapa lagunya sendiri iaitu Bunga-Bunga Cinta serta Pulangkan. Sungguhpun membuat persembahan seawal pagi itu, namun ramai jugalah yang terhibur dengan nyanyian dan vokal Misha yang sememangnya mantap dan merdu itu.

Sampaikan Rosmah pun minta lagilah untuk dia naik ke atas pentas. Sebab suka sangat dengar Misha menyanyi. Kalau boleh dia mahu Misha nyanyi lagu-lagu Misha sendiri.

Wah...Tak sangka ya. Apapun, Murai Batu dengar lagu Wanita Perdana yang dinyanyikan oleh Misha pada acara itu telah pun dirakam oleh penyanyi Kelantan ini sehari sebelum acara tersebut berlangsung.

Sepertimana lagu patriotik yang lain, Wanita Perdana juga bakal diperdengarkan di beberapa stesen radio serta televisyen. Wah! Makin aktif Misha nyanyi lagu patriotik ya. Mula-mula untuk Tun M dan sekarang ini untuk isteri PM!

MURAIBATU: Kesian dengan nasi yang menimpa Datuk Yahya Sulong diusir dari rumah DBKL yang didudukinya...


Friday, 17 August 2012

Gadis Peserta China Idol Melepas Bra Dan Melempar Ke Juri Kerana Gagal Auditions

Gadis ini sungguh nekad ... kerana dikatakan gagal mengikuti ujibakat China Idol dia melepas branya dan membaling ke para juri ujibakat ...

Mahu lihat gambar-Gambar bagaimana gadis ini menggunakan bra-nya di pentas? Lanjut ...?



















Thursday, 16 August 2012

Kisah Gadis Cantik Yang Berhati Mulia

Seorang warga China bernama Feng Nao yang menunjukkan perbuatan seorang gadis yang cantik dan berhati mulia ini. Menurut kenyataan kisah di dalam gambar ini: "Sebaik saja hujan lebat turun secara tiba-tiba, seorang lelaki tua yang kurang upaya tidak berdaya bergelut di dalam hujan lebat untuk menyelamatkan diri.



Ketika itu seorang gadis cantik yang membawa payung bergegas berlari di dalam hujan lebat untuk memberi perlindungan dan menjaga orang tua kurang upaya itu.

Walaupun payung itu tidak cukup untuk melindungi diri orang tua itu daripada dibasahi hujan lebat, namun gadis itu tetap berada di sisi lelaki tua itu di dalam kebasahan hujan …dan ia menjadi adegan yang paling indah di dalam hujan lebat itu


Seorang lelaki berpakaian uniform (di dalam bulatan) sekadar memerhatikan dari jauh.


Walaupun payung itu tidak mampu menghalang lelaki tua ini daripada kebasahan,
gadis ini tetap terus melindunginya.

Kelihatan bahawa hujan lebat yang turun secara tiba tiba-menyebabkan lelaki tua peminta sedekah yang lumpuh kakinya bergerak perlahan-lahan dengan kereta kayu yang kecil. Melihatkan keadaan ini, seorang gadis berbaju putih sambil memegang payung di tangannya bergegas di dalam hujan untuk melindungi peminta sedekah.
Tetapi tidak berdaya, payung itu benar-benar tidak berupaya untuk melindungi orang tua itu daripada hujan lebat. Di dalam gambar tersebut, ia boleh dilihat bahawa payung di tangan gadis itu benar-benar melindungi pengemis, manakala pakaiannya sendiri sudah sepenuhnya lencun kerana air hujan.


Terima kasih Telah Membaca Artikel Di himpunangadiscantik.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda.