Tuesday, 18 December 2012

Badan Mizz Nina Naik Bukan Sebab Pregnant Dowh...!

Tags: Mizz Nina, hamil, isu hamil, noh salleh, penyanyi, penyanyi wanita, penyanyi antarabangsa, vokalis, Hujan, Noh Hujan,


KL, 17 DIS 2012: Tengah-tengah sedap Murai Batu melayan kuaci, tiba-tiba dapat pulak mesej daripada seseorang yang mengaku peminat tegar kepada Mizz Nina. Soal peminat tegar ini pada Murai Batu, betulkah seperti apa yang didengarnya bahawa isteri kepada vokalis Hujan iaitu Noh Salleh itu sudah pun pregnant? Lagipun katanya, badan Mizz Nina sekarang ini macam dah naik. Jadi, ia makin menguatkan lagi desas-desusnya yang didengarnya itu.


Tidak terjawab pulak Murai Batu dengan soalan itu. Sebab daripada apa yang Murai Batu tahu, setakat ini Mizz Nina belum lagi hamil. Tak tahu pulak Murai Batu, kalau-kalau dia baru saja disahkan hamil.


Jadi, Murai Batu pun cubalah selidik. Sebaik saja Murai Batu bertanya, sumber yang rapat dengan Mizz Nina ini cepat-cepat menafikannya. Katanya, mana ada Mizz Nina hamil. Kalau dia hamil, dah lama perkara itu diketahui semua. Dan, berat badannya naik itu pun tiada kaitannya dengan isu kehamilan.


Sebaliknya, ia disebabkan pemakanan sebab Mizz Nina khabarnya memang suka makan. Kebetulan selepas MTV World Stage, dia telah berehat seketika daripada membuat persembahan, jadi mungkin sebab itulah berat badannya itu naik.


Sebelum ini, dia memang selalu kontrol pemakanannya. Selain itu dia selalu exercise dengan membuat latihan menari, sebab itu berat badannya selalu maintain.


Tapi selepas muncul dalam Konsert Watson Music Festival bersama B.O.B pada malam Sabtu lalu, Mizz Nina khabarnya sedang giat menjalani latihan untuk menguruskan berat badannya.


Siapa selebriti yang baru-baru ini bercuti di Milan?

Wednesday, 12 December 2012

Zakiah Anas Selamat Bernikah Dengan Kawan Universiti

KL, 13 DIS 2012: Semalam dua pasangan artis iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle serta Betty Benafe dan suami, Bruce Darghous telah memilih tarikh keramat 12.12.12 sebagai untuk mengadakan majlis resepsi mereka.


Malah, Murai Batu dapat tahu tarikh 12.12.12 semalam juga memberi makna buat penyanyi popular Indonseisa, Kris Dayanti apabila selamat melahirkan seorang anak lelaki di RS Mitra Kamayoran, Jakarta Pusat.


Dalam diam-diam juga, Murai Batu baru tahu yang personaliti TV3, Zakiah Anas, 46, juga memilih tarikh istimewa semalam sebagai tarikh pernikahannya bersama Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42, di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Tahniah kepada Zakiah Anas kerana selamat menamatkan zaman jandanya setelah menjadi ibu tunggal kepada 3 orang anak lebih setahun yang lalu.


Menariknya, kisah perkenalan Zakiah Anas dengan suami barunya ini sebenarya sudah lama. Murai Batu dengar sejak mereka sama-sama belajar di UiTM iaitu kira-kira 21 tahun yang lalu.


Amboi, cinta lama berputik kembalilah tu. So sweet! Namun hubungan mereka terpisah kerana lelaki yang kini menjadi suaminya melanjutkan pelajaran ke Jepun.


Itulah orang kata, kalau dah jodoh tak ke manakan. Apa-apa pun Murai Batu ucapkan tahniah dan semoga dapat melayari bahtera rumah tangga nanti dengan harmoni dan bahagia hingga ke akhir hayat.


Tak sabar tunggu progran Fear Factor Selebriti Malaysia..

Sunday, 25 November 2012

Tahniah! Nabil Raja Lawak Sudah Jadi Bapa

gosip | Gosip kita

Tags: nabil ahmad, Nabil Raja Lawak, nabil raja lawak kahwin nazirah, pelawak, pelawak hebat, dapat anak, anak pertama, anak pertama, Fasha Sandha, fasha sandha hamil, Nabil,

Jangan Tak Lihat

KL, 26 NOV 2012: Murai Batu rasa tidak ada yang menggembirakan pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga, melainkan apabila memperolehi zuriatnya sendiri. Murai Batu rasa itulah yang sedang dialami oleh juara Raja Lawak 2, Nabil Ahmad apabila isterinya, Nazirah Ayub telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pagi semalam.


Kedua-dua ibu dan bayi perempuan berada di dalam keadaan sihat da baik Nabil mahu pun isterinya masih belum memilih nama yang sesuai untuk anak mereka.


Namun, Nabil telah memanjatkan rasa kesyukuran terhadap kelahiran bayi tersebut. Untuk melihat wajak anak Nabil dan mengetahui selanjutnya tentang kelahiran bayi perempuannya itu, sila klik: www.astrogempak.com.my.


Bagi pihak warga murai.com.my, kami mengucapkan tahniah buat Nabil di atas kelahiran bayi perempuan ini. Dengarnya job Nabil pun tengah lebat sekarang ini. Al-maklumlak rezeki anakkan?


MURAIBATU: Tak sabar tunggu Fasha Sandha lahirkan anaknya dengan Jejai.